Wednesday, December 19, 2012

MALAYSIA TANAH AIRKU

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)

Adakah kita akan selamanya hidup rukun damai dibumi Malaysia ini yang telah bertahun-tahun telah bebas merdeka selama mana hayat kita? Mampukah kita melihat generasi kita yang akan datang merasakan hidup dalam keadaan yang harmoni yang selama ini kita cuba pertahankan? Apakah kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang bersyukur di atas nikmat pemberian Allah SWT yang maha Esa di atas muka bumi yang kita pijak ini dengan kurniaan kehidupan yang sudah jauh lebih baik? Pernahkah kita bertanya disebalik lipatan sejarah Negara ini? Siapakah kita pada Negara ini dan bagaimankah kita harus berkorban pada Negara yang kita cintai ini?

Tidakkah kita pernah menangisi kehidupan yang kita kecapi kini hasil daripada pejuang-pejuang tanah air yang tidak bernama, yang menegakkan panji-panji menggadai jiwa dan raga demi generasi kini dan apakah kita mampu untuk menjamin kehidupan anak bangsa kita di masa hadapan sepertimana yang kita kecapi kini hasil daripada perjuangan nenek moyang kita yang memartabatkan anak bangsanya. 

Apabila masa berlalu terus ditelan zaman, terfikirkah kita tentang cara menebus segala pengorbanan mereka terhadap kenikmatan hidup ini hasil daripada kesengsaraan mereka yang mahu memastikan anak-anak bangsa dapat hidup melihat keindahan dunia yang fana ini. Pernahkah titisan air mata kita menyimbah bumi yang dulunya gersang, tandus yang tiada keriangan memikirkan masa depan Negara ini yang belum pasti.

Kitalah pewaris bangsa ini, kitalah pewaris Negara ini, kitalah generasi penyambung warisan bagi mempertahankan rukun Negara ini, kitalah yang menentukan generasi masa depan meneruskan kehidupan agar kita turut merasa erti perjuangan bangsa yang sejati bukan untuk mengukir nama dipersada, bukan untuk kemegahan ego yang melambung, bukan untuk kepentingan diri sendiri, semuanya untuk mempertahankan bangsa dan agama kita agar terus subur di muka bumi ini.

Marilah kita bersatu memartabatkan bangsa dan agama
agar terus merasai nikmat kehidupan yang rukun damai
20.12.2012

Tuesday, December 18, 2012

RESIPI DURIAN CREPE

 (INOVASIKAN KREATIVITI MANTAPKAN KUALITI)

Mencuba itu lebih baik daripada langsung tidak mencuba. Bila sudah mencuba melakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan pastinya mendatangkan faedah. Bertambah ilmu pengetahuan dan boleh berkongsi pada orang lain. Bukankah menuntut ilmu tu pun satu ibadah? Ceewah.. Tapi mencuba melakukan sesuatu perkara yang baik-baik sahaja OK!! Barulah mendatangkan faedah yang sebenar. 

Ada tak yang tidak pernah makan DURIAN CREPE? Haa ini adalah salah satu fenomena terbaru dalam industri makanan. Ramai yang mencari dimana tempat mahu membeli Durian Crepe. Tak mahal cuma dalam lingkungan RM10 tapi berbeza-beza kuantiti oleh si pembekal (5-8 biji shj). Kalau kita beli dalam 5 pek sudah tentu harganya RM50. Hahaha takkan RM30 pulak kan. Mahal tak? Anda orang kaya boleh la cakap tak mahal. 

Terfikir tak dengan RM50 tu korang boleh beli bahan-bahan untuk membuat Durian Crepe. Ditegaskan disini kenapa anda susah payah nak tunggu pembekal keluarkan produk Durian Crepe tu? Kenapa anda tidak mencuba sendiri untuk menghasilkan Durian Crepe yang sudah tentunya menjamin kepuasan diri sendiri, kenimkatan rasa hasil daripada air tangan sendiri dan yang paling penting soal kebersihan dan kualiti Durian Crepe tersebut. Malah anda boleh mempelbagaikan perisa tidak tertakluk kepada DURIAN sahaja tetapi perisa lain ssperti MANGGA, BLUEBERRY, YAM dan banyak lagi perisa yang ada dipasaran untuk menginovasikan resipi tersebut. Hehehe.. So, cuba lakukan sendiri.

SUMBER : INTERNET


 Rasa Durian Crepe ini tidak dinafikan sangat sedap. Ramai yang telah mencuba untuk menghasilkan sendiri Durian Crepe. Siapa tahu anda juga boleh jadi usahawan seperti mereka? Dengan bermodalkan kos yang sedikit membolehkan anda menerima banyak tempahan dalam masa yang singkat. Sambil makan sambil promosi kepada keluarga, kawan-kawan malah dalam facebook, blog, mudah.com dan banyak lagi medium yang boleh anda pakai untuk menjadi seorang usahawan. Perghh duit tu.

NAK TAU RESIPI?? Alaa anda boleh buka dalam google ke yahoo ke taip lah "RESIPI DURIAN CREPE". Ada pelbagai resipi yang anda boleh dapat. Lain orang lain resipinya. Terpulang kepada anda untuk memilih resipi yang mana. Sekadar untuk perkongsian bahan-bahan yang diguna pakai untuk membuat DURIAN CREPE adalah seperti berikut (klik je dan buat pilihan mana yang senang untuk anda ok)  :-



"SELAMAT MENCUBA.. KALAU JADI BOLEHLAH ANDA MEMULAKAN LANGKAH UNTUK BERGELAR USAHAWAN. INGAT!! ANDA BOLEH MEMPELBAGAIKAN RASA MENGIKUT KREATIVITI ANDA. INOVASIKAN KREATIVITI MANTAPKAN KUALITI"




Thursday, February 9, 2012

KETAWA MELODI KEHIDUPAN


Ketawa..(hahahahaha) anda suka ketawa?? saya adalah seorang yang suka ketawa. Ketawa membolehkan saya lupa kepada keadaan sekeliling dan saya tidak pernah bosan ketawa. (hehehehehe)

Terlalu banyak faktor yang boleh menyebabkan saya ketawa. Tidak terkira rasanya perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya ketawa. Selain daripada melihat gelagat manusia, lawak jenaka teman seperjuangan, keadaan alam semulajadi malah perbuatan diri sendiri samada secara sedar mahupun tidak sedar boleh membuatkan saya ketawa.

Salahkah ketawa?? hmm INGAT.. ketawa-ketawa juga, silap hari bulan kena pelempang..(hahahahaha) indahnya ketawa..ada yang mengatakan ketawa itu sihat tapi kalau terlebih membawa padah..wahh dalam maksudnya tu. Ada faedahnya apabila kita ketawa dan ada juga buruknya apabila kita ketawa.

Ermm.. apa sebenarnya maksud ketawa?? bagi diri saya sendiri, saya mendefinasikan ketawa itu sebagai satu perbuatan secara tidak sengaja mahupun sengaja yang menyebabkan saya tergelak apabila melihat perkara-perkara yang menggelikan hati. Erti kata lain perkara-perkara yang melucukan. Bestnya ketawa..hehehehe.